Bahagian Kejuruteraan Cerun

Tingkat 12, Blok F

IPJKR Malaysia

50582 Kuala Lumpur

To contact us:

Hakcipta Terpelihara 2010@Bahagian Kejuruteraan Cerun

PENAFIAN: Bahagian Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan di dalam laman web ini.

Phone: 6032610 8888

Fax: 603 26927010

E-mail: slopes@jkr.gov.my

BERITA CERUN

Sessi pembentangan teknikal, Solution for Environment; Syarikat Profile : 20 April 2012, Bilik Mesyuarat Utama BKC; Semua Pegawai & Kakitangan BKC dijemput hadir

Presentation by UEM Builder, Struktur Tembok Penahan (RE Wall & Crib Wall) : 13 April 2012, Bilik Mesyuarat Utama BKC; Semua Pegawai & Kakitangan BKC dijemput hadir

Hakcipta Terpelihara 2010@ Bahagian Kejuruteraan Cerun
PENAFIAN: Bahagian Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya Malaysia, tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

 

PEMBANGUNAN SISTEM AMARAN AWAL TANAH RUNTUH JKR

 

PENGENALAN

 

Pelbagai faktor telah diketahui boleh mempengaruhi kejadian tanah runtuh, dan ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu factor kekal dan factor yang berubah-ubah. Faktor kekal ialah sifat-sifat rupabumi dan geologi yang kekal tidak berubah atau sangat kecil perubahannya dari sudut pandangan manusia. Kesendengan sesuatu cerun atau jenis batuan dan tanah sebagai contohnya akan berubah dalam jangkawaktu yang sangat panjang. Sesuatu cerun telah lama berdiri dengan factor kekalnya sebelum runtuh yang dicetuskan oleh factor yang berubah ini. Antara factor berubah yang menyumbang kepada kejadian tanah runtuh adalah factor hidrologi (peningkatan paras air bumi akibat hujan yang berlarutan, penurunan mengejut para air, pencairan salji dan lain-lain), gegaran (dimulakan oleh gempabumi, letusan gunung berapi, letupan, kenderaan, dll), aktiviti manusia dan pelbagai lagi. Kebanyakan kejadian tanah runtuh di masa lalu telah dicetuskan oleh factor berubah ini. Pengetahuan yang mendalam mekanisma pencetus kejadian tanah runtuh adalah sangat penting dalam pembangunan system amaran tanah runtuh.  

 

Sistem amaran awal tanah runtuh (SAATR) yang dibangunkan adalah bertujuan cuba mengurangkan kesan kepada sosial dan ekonomi sekiranya tanah runtuh terjadi.  SAATR boleh menyediakan amaran yang mencukupi kepada masyarakat setempat yang terlibat untuk bertindak atau memulakan tindakan apabila menerima amaran.

 

 

SAATR tidak dapat menghalang sebarang kejadian tanah runtuh dari berlaku. SAATR hanya diperlukan dalam keadaan;

 

· Lokasi bahaya tanah runtuh yang dikenalpasti masih dalam peringkat awal proses pembaikan (sebagai contohnya dalam peringkat rekabentuk atau tender),

· Kerja pembaikan cerun bahaya dalam peringkat pembinaan (untuk cerun potongan),

· Kaedah pembaikan yang ada sangat terhad dan sangat mahal,

· Cadangan kaedah pembaikan yang ada dan praktikal tidak dapat mengurangkan kebarangkalian berlakunya tanah runtuh kepada tahap yang boleh diterima, dan

· Kawasan berbahaya tanah runtuh dikenalpasti tetapi tidak diketahui lokasinya dengan tepat.

Menurut International Strategy for Disaster Reduction (UN-ISDR, 2005), SAATR boleh dibahagikan kepada 4 elemen; (i) pengetahuan terhadap risiko, (ii) perkhidmatan amaran, (iii) penyebaran amaran yang difahami, dan (iv)  kemampuan bertindakbalas – pengetahuan dan kesediaan untuk bertindak.

 

Dalam kertas kerja ini, perbincangan mengenai pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pembangunan SAATR di Malaysia akan dibincangkan. Penilaian bahaya tanah runtuh, parameter yang perlu dipantau dan tahap kritikalnya, peralatan pengesan, pengumpulan data, teknologi perhubungan, kos-kos yang terlibat dan akhirnya model system yang telah diadaptasi akan dibincangkan.

 

Keperluan kuasa elektrik berbeza bergantung kepada jumlah peralatan yang ada di tapak dan jenisnya. Cerun yang dipantau biasanya terletak dipendalaman, dan biasanya tidak terdapat kemudahan punca kuasa elektrik. Bagi perlatan kecil dengan talian telefon dan satu atau dua alat pengesan memerlukan cuma bateri kecil jenis boleh cas. Begi perlatan yang lebih besar disertai telefon selular dan kabel pengesan memerlukan bateri deep cycle marine dengan kuasa 12V. Bateri ini boleh dicas semula menggunakan panel solar.

 

Perisian khusus adalah diperlukan bagi memproses data mentah yang diterima. Perisian ini perlulah berkebolehan untuk membaca isyarat, mendigit dan memuat turunnya ke komputer. Pemelotan beberapa bentuk isyarat yang dicerap oleh belbagai peralatan dalam satu pelotan memerlukan pengguna menulis perisian khusus atau menggunakan perisian sedia ada di pasaran. Perisian khusus ini membolehkan pengguna memprogram dan berhubung dengan pencerap data. Program ini membenarkan pengguna menulis kod untuk pengawalan pencerap, menghubung stesyen terpencil sama ada secara otomatik atau secara manual, memantau bacaan pengesan dan proses muat turun data.

 

KEJURUTERAAN – BIO (BIO-ENGINEERING)

 

 

I.              PROGRAM  PENGHIJAUAN  DI  CERUN  Km. 11  dan  Km. 16,  JALAN  BENTONG – RAUB,  PAHANG  DARUL  MAKMUR.

 

1.  PENGENALAN

Projek kajian penanaman pokok pada permukaan cerun potongan di kilometer 11 dan kilometer 16, laluan 8, Jalan Bentong – Raub, Pahang Darul Makmur telah dilakukan kajiannya secara bersama dengan pihak Institut Sains Biologi  Universiti Malaya dan juga penglibatan pihak JKR Daerah Bentong bermula pada Oktober, 2005. 

Jumlah kos projek adalah sebanyak RM 85,750,  telah diagihkan kepada dua syarikat kontraktor (yang dikenalpasti pihak Universiti Malaya) bagi urusan  pelaksanakan proses kerja penanaman serta penyeliaan pokok, iaitu syarikat kontraktor Satri Enterprise dan Rata Teguh (M) Sdn.Bhd.     

 

2.  OBJEKTIF  KAJIAN

Objektif utama adalah untuk mengenalpasti dan menilai kesesuaian jenis spesis pokok terhadap jenis batuan/tanah di kawasan berkenaan. Di samping tujuan mengawal berlakunya gejala proses hakisan terhadap permukaan cerun, dan juga memberikan suatu ciri landskap berpemandangan indah dengan dilitupi olih rimbunan hijau tumbuhan yang berkepelbagaian spesis pokok. 

Hasil daripada pengenalpastian ini suatu garis panduan prosidur kerja akan cuba diterbitkan bagi dijadikan asas kerja penanaman pokok pada cerun potongan.

 

3.  KAEDAH  KAJIAN  (GEOLOGI & PENANAMAN POKOK)

 

3.1  Geologi  Kawasan

Empat kawasan permukaan cerun yang dipilih untuk ditanam pokok adalah merupakan jenis batuan sedimen. Batuan sedimen berjenis syal yang terdapat di sini menunjukkan ciri kandungan mineralnya berbeza, iaitu syal biasa dengan warna kuning-kecoklatan dan syal bergrafit yang berwarna hitam. Batuan pada permukaan cerun yang dipotong telah mengalami proses perluluhawaan tinggi hingga keseluruhan terluluhawa (decomposed rock).

Cerun di sini dibentuk oleh tiga hingga lima lereng dengan lebar lereng sekitar 1.2 meter dan sudut cerun antara 50 hingga 60 darjah kecundungan.

 

3.2  Penanaman  Pokok

Spesis pokok tumbohan adalah ditanam dengan cara jenis spesis tumbohan berbeza dengan kaedah yang berbeza juga. Spesis pokok yang ditanam adalah legum dan melastoma.  Kaedah penanaman legum dilakukan secara konvensional pada kawasan batuan syal biasa, serta secara dibantu untuk tumboh menjalar ke atas ‘chain-link’ dan juga menjalar ke atas gentian kelapa bagi kawasan batuan syal bergrafit.  Melastoma yang telah disemai dalam gentian kelapa dan ditanam pada lubang yang digali dalam sistem bentuk grid dengan jarak antara satu meter pada kawasan batuan syal bergrafit. Sejumlah 2000 anak semaian melastoma ditanam pada kawasan batuan syal bergrafit ini.

Kawasan permukaan cerum potongan yang ditanam dengan jenis legum secara konvensional seluas 6,748 m², secara dibantu tumboh menjalar pada gentian kelapa seluas 216 m², dan secara dibantu tumboh menjalar pada chain-link seluas 144 m² .  Penyemaian campuran benih legum dibuat pada lubang parit yang digali sedalam 7-9 sm secara manual menggunakan cangkul, dengan ketumpatan benih disemai 60 gm setiap meter. Kandungan campuran benih legum terdiri daripada 2kg Centrosema, 2kg Calopogonium, 2kg Pueraria, 6kg batuan phosphate, dan 10gm Rhizobium Culture.

 

4.  PEMERHATIAN  LAPANGAN

Pemerhatian dilakukan oleh Unit R&D, CKC adalah dengan membuat lawatan tapak dan pengambilan gambar foto untuk mengentahui kemajuan projek. Ianya dapat diperhatikan sebagaimana gambar foto pada Lampiran.

 

5.  KESIMPULAN  ( HASIL  KAJIAN )                 

Berdasarkan kepada pemerhatian gambar foto yang diambil sepanjang tempoh kajian penanaman pokok yang dilakukan pada peringkat awalnya (tiga bulan pertama selepas proses penanaman) didapati berjaya tumboh dengan suburnya.

Walau bagaimanapun selepas tiga bulan terkemudian didapati perkembangan tumbesaran pokok telah terganggu. Ini adalah diperhatikan kerana kurang mendapat penyeliaan sepatutnya daripada pengusaha (kontraktor terbabit).

Pada masa pemerhatian di sekitar pertengahan tahun 2006, penanaman pokok di kawasan kajian adalah berkeadaan seperti menuju kearah untuk ketahap kegagalan.  Ini dapat dirumuskan sebagai tiadanya seliaan yang berterusan dan sepatutnya daripada pihak kontraktor yang ditugaskan.  Dan ini menunjukkan bahawa pokok yang ditanam di kawasan kajian adalah tumbuh hidup secara terbiar sendirian.

 

Semesa lawatan pada Januari, 2007 adalah didapati sebagaimana pokok yang masih hidup di masa pertengahan tahun 2006 itu terus bertahan dan juga tetap  ada menunjukkan proses perkembangan serta tumbesarannya secara perlahan, walau dalam keadaan yang masih tetap terbiar tanpa proses penyeliaan.  Proses perkembangan ini dapat dilihat pada foto yang ditunjukkan di bawah.

 

                

Pokok Legum telah menjalar

sehingga ketengah paras cerun

                 di atas gentian kelapa.

 

                                                                                                               

                 Pokok Melastoma yang  

                 tumbuh semakin membesar di kawasan batuan syal.    

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                                                                                                                     

                JUSA_Bentong_Vege_Rpt 21.07.2007

Bahagian Kejuruteraan CerunCLICK ME