Tahniah !!! Jabatan Kerja Raya Malaysia telah Berjaya merangkul Anugerah Geospatial Kebangsaan 2014

Cetak

Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Bahagian Kejuruteaan Cerun telah Berjaya merangkul Anugerah Geospatial Kebangsaan 2014 bagi Kategori Anugerah MyGDI Kebangsaan. Projek yang dipertandingkan bertajuk Sistem Pengurusan maklumat Cerun Bersepadu (Integrated Slope Information System, ISIS). Pembentangan kepada Panel Penilai telah dilakukan oleh Ir. Shabri Shaharom dan dibantu oleh En. Roslan Majid pada 7 Mac 2014. Penyampaian Anugerah ini telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri G.Palanivel, Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 17 Mac 2014 bersempena dengan Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan NGIS ke 6 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 Anugerah2014

Anugerah Geospatial Kebangsaan 2014 (AGK 2014) merupakan satu inisiatif bagi mengiktiraf agensi-agensi yang bergiat aktif dan inovatif dalam bidang geospatial. Anugerah ini juga adalah bagi menyuntik kesedaran dan mencetuskan gelombang perubahan di kalangan organisasi/ agensi dalam meperkasa aktiviti-aktiviti geospatial pada masa kini dan akan datang.

 

Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

a). Anugerah MyGDI Kebangsaan (Agensi Kerajaan)

b). Anugerah Kecermelangan Geospatial (Umum)

 

Pemenang-pemenang telah menerima hadiah berupa:

a). Trofi

b). Sijil Anugerah

c). Wang tunai.

Disertakan Slide Presentation Sistem Pengurusan maklumat Cerun Bersepadu (Integrated Slope Information System, ISIS)