Laman Web Bahagian Kejuruteraan Cerun

 
 
 
 

World Landslide Forum 3

E-mel Cetak

Objektif World Centre of Excellence.

- Mengukuhkan International Programme on Landslides (IPL) dan IPL Global Promotion Committee (GPC)

- Mewujudkan “Satu kesatuan rangkaian global yang menyumbang kepada pengurangan risiko kejadian tanah runtuh"; dan

- Meningkatkan pengiktirafan global bagi "Pengurangan Risiko Kejadian Tanah Runtuh" dan perkaitannya dengan ekonomi sosial, dan kesatuan-kesatuan yang menyumbang kepada bidang ini.

 

landslide

World Centre of Excellences (WCoE) bagi International Consortium on Landslides (ICL) dikemukakan kepada organisasi-organisasi yang menjadi ahli ICL yang mana perlu memenuhi dua syarat berikut:-

-       Menyumbang kepada "Pengurangan Risiko Kejadian Tanah Runtuh dan Bencana Sistem Bumi yang Berkaitan "; dan

-       Sentiasa menyokong Program Antarabangsa mengenai Kejadian Tanah Runtuh dari segi intelektual, praktikal dan kewangan samada dengan cara menyertai ICL atau menyumbang kepada IPL-Global Promotion Committee dan mempromosikan "penyelidikan kejadian tanah runtuh dan pengurangan risiko" pada peringkat serantau dan / atau global dengan cara mendapat manfaat secara bersama

 

IMG-20140604-WA0000

Organisasi-Organisasi tersebut perlu mengemukakan borang permohonan dengan menyatakan secara jelas objektif program-program mereka, pelan-pelan tindakan dan kumpulan yang akan menerima manfaat dari program-program ini. Borang-borang permohonan yang diterima akan dinilai berdasarkan objektif dan kriteria di atas dan dikenalpasti melalui beberapa langkah saringan, pemeriksaan kelayakan oleh secretariat ICL, penilaian teknikal oleh jawatankuasa penilai, dan penilaian dari skop yang lebih luas dan pengesahan daripada Panel Pakar Bebas yang terdiri dari 5 ahli dari UNESCO, United Nations University, International Council for Science (ICSU), Landslide expert, Disaster Reduction expert dan akhirnya calon-calon yang disyorkan sebagai WCoEs dimaklumkan dan diluluskan oleh IPL-GPC.

Bahagian Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya, Malaysia merupakan salah satu penerima anugerah ini. Anugerah ini diterima untuk tempoh 2014-2017. Pemeriksaan akan dijalankan setiap tahun bagi memastikan program yang dibentangkan dilaksanakan.

 
 
 
 

Arkib