Laman Web Bahagian Kejuruteraan Cerun

 
 
 
 
Artikel

KURSUS PASCA PERKAHWINAN: HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

E-mel Cetak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Tuan / Puan,
 KURSUS PASCA PERKAHWINAN: HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
 Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Pengukuhan Integriti & Tadbir Urus (CITU), Unit Integriti, Kementerian Kerja Raya akan menganjurkan Kursus di atas pada ketetapan berikut:-
                   Tarikh                 :              10 Jun 2014 (Selasa)
                  Masa                  :              8.00 pagi hingga 4.30 petang
                  Tempat             :              Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya              
                Peserta               :               200 orang diperuntukkan kepada kakitangan JKR      
 3.            Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi bimbingan berkaitan tanggungjawab suami dan isteri didalam sebuah perkahwinan. Kursus ini juga membincangkan isu-isu berkaitan komunikasi rumahtangga, mengurus kewangan rumahtangga dan psikologi anak-anak menurut pandangan Islam.  
 
4.            Sehubungan dengan itu, kepada kepada kakitangan JKR yang berminat untuk mengikuti seminar perlu mendapatkan kelulusan Ketua Unit/Bahagian terlebih dahulu dan mengemukakan nama kepada Pegawai Pembangunan Kompetensi dan Latihan (PPKL) Cawangan Tuan / Puan. Sukacita dipohon PPKL Cawangan mengemukakan nama kakitangan terpilih kepada saya mengikut format di LAMPIRAN A sebelum pukul 5.00 petang 29 Mei 2014 (Khamis) untuk tindakan pejabat ini selanjutnya. Keutamaan hanya diberikan kepada kakitangan yang masih belum mencapai 5 hari berkursus bagi tahun 2014.
 Sekian, terima kasih.
 
 
Mohamad Fazir Bin Bahari
Unit Pembangunan Prestasi dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat
Ibu Pejabat JKR Malaysia
** Borang Peserta > Klik Disini