QA/QC On Lidar Using Ground Survey
Pada 10 – 11 Mei 2011 KPPK Unit IT&Pengurusan, CKC telah melakukan lawatan ke lokasi-lokasi di Miri, Sarawak yang telah dikenalpasti untuk tujuan QA/QC bagi kerja LIDAR. Kaedah Ground Survey telah dilakukan oleh Independence Surveyor . Kerja ukur dijalankan selama seminggu oleh Jurukur terbabit.
Foto Galeri..
Jamuan Perpisahan Pegawai Unit IT&Pengurusan Cerun
Pada 20 Mei 2011 satu majlis perpisahan telah diadakan untuk pegawai-pegawai dari Unit IT&Pengurusan Cerun. En. Md.Sahibudin bin Zakaria Ketua Penolong Pengarah J52 telah bertukar ke Unit Forensik Tanah Runtuh, CKC. En.Marzaki Faizi bin Mat Din, Penolong Pengarah Kanan J48 telah bertukar ke Kementerian Perumahan &Kerajaan Tempatan dan Pn.Nur Azlina bt Sapuan. Penolong Pengarah J41 telah bertukar ke Cawangan Pengkalan Udara & Maritim. Semoga sentiasa sukses dan maju jaya diucapkan dan terimakasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di Cawangan ini.
Foto Galeri..
SiteSee Video Installation
Lawatan Projek bagi SiteSee Video Installation di RS & Gis Consultancy Sdn. Bhd. Satu kaedah cerapan menggunakan kamera video telah ditunjukkan oleh pihak perunding. Ia merupakan salah satu daripada pembangunan teknologi yang cadangkan bagi projek yang sedang dijalankan oleh Unit IT&Pengurusan
Foto Galeri..
QAQC On LiDAR Specification
Beberapa siri pemerhatian telah dibuat oleh Unit IT&Pengurusan, CKC keatas peralatan yang digunakan bagi LiDAR atau Airborne Laser Scanning. Ini adalah bagi memastikan setiap peralatan yang digunakan mematuhi piawai atau standard yang telah dipersetujui.
Foto Galeri..
Mesyuarat Penyediaan Formula Tahap Bahaya
Pada 12 April 2011 bertempat di Tingkat 5, Blok F, satu Mesyuarat Penyediaan Formula Tahap Bahaya Kajian Menggunakan Pendekatan Statistic – Pairwise telah diadakan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Dato’ Ir.Dr.Ashaari Bin Muhammad.
Foto Galeri..
Mesyuarat Kajian
Di antara beberapa siri Mesyuarat Penyelarasan Kajian yang dijalankan oleh Unit IT&Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Cerun.
Foto Galeri..
Lawatan Tapak Ke Cerun-Cerun Kritikal
Lawatan ke beberapa lokasi cerun-cerun kritikal yang terlibat dalam kajian yang dijalankan oleh Unit IT&Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Cerun.
Foto Galeri..