Pada 28 Januari 2015, satu majlis penyerahan Projek Pembaikan Cerun telah diadakan bertempat di Mahkamah Majistret Kuala Lipis, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Majlis tersebut disempurnakan dengan penyerahan projek oleh Jurutera Daerah Kuala Lipis kepada wakil Mahkamah Majistret Kuala Lipis. Majlis turut dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Forensik Tanah Runtuh, Cawangan Kejuruteraan Cerun dan juga Kontraktor Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad.